Geng penunggang basikal berlanggar sesama sendiri
SINGAPURA – Seorang penunggang basikal hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan, menyebabkan berlakunya pelanggaran sesama kumpulannya, lapor portal berita Mothership.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu merah di Punggol pada 14 September lalu.
Berdasarkan rakaman papan pemuka sebuah kenderaan, kumpulan penunggang basikal yang terdiri daripada 23 orang itu melintas jalan ketika lampu merah.
Salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba hilang kawalan, menyebabkan dia terjatuh.
Sejurus selepas itu, seorang lagi penunggang berbaju putih yang cuba mengelak daripada melanggar lelaki tersebut terjatuh dan terpelanting.
Ketika kedua-dua penunggang basikal itu bangun, beberapa penunggang lain turut sama melintas di kawasan tersebut tanpa memberhentikan basikal mereka.
Secara keseluruhan, 23 penunggang basikal dilihat melintas di situ.
Seorang daripada mereka kemudian memberhentikan kenderaannnya untuk membantu kedua-dua mangsa sebelum mereka meneruskan aktiviti itu.
Di Singapura, adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan aktiviti berbasikal di jalan raya dalam kumpulan yang lebih besar daripada lima orang sekiranya mereka bergerak secara seorang demi seorang.
Jika mereka bergerak secara beriringan, bilangan penunggang adalah tidak melebihi 10 orang.
Setiap kumpulan juga harus mengekalkan jarak minimum 30 meter atau dua tiang lampu antara satu sama lain. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source