Kayuh basikal 13,000 kilometer untuk jumpa Ronaldo
RIYADH – Seorang pemuda di China berbasikal selama tujuh bulan dari China ke Arab Saudi untuk bertemu wiranya iaitu bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, lapor portal berita South China Morning Post.
Lelaki berusia 24 tahun bernama Gong itu berasal dari wilayah Anhui di timur China. Dia memulakan perjalanan dari rumahnya pada 18 Mac lalu.
Dia pergi ke utara ke Beijing sebelum mengayuh jauh ke arah barat.
Dia kemudian memasuki Kazakhstan dari Xinjiang dan melewati enam negara lain termasuk Georgia, Iran, dan Qatar, sebelum tiba di ibu kota Arab Saudi Riyadh untuk menemui Ronaldo. .
Perjalanan meliputi jarah 13,000 kilometer itu akhirnya membawa Gong ke kelab bola sepak Al Nassr di Riyadh pada 20 Oktober lalu.
Gong membawa dua ‘power bank’, sebuah khemah, peralatan memasak, pakaian dan beberapa barangan keperluan hidup semasa melakukan perjalanan sukar itu.
Pada Ogos lalu, dia mengalami demam panas di Armenia dan rebah di tepi jalan.
Dia dihantar ke hospital dan dirawat secara percuma.
Apabila tiba di Arab Saudi pada 10 Oktober lalu, Ronaldo berada di Eropah untuk satu perlawanan tetapi kakitangan di Al Nassr kemudian berjanji untuk mengatur pertemuan peminat itu selama satu minit dengan idolanya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source