Tukang cuci jumpa wang RM254,000 di lapangan terbang
HANOI – Seorang tukang cuci di lapangan terbang Da Nang memulangkan beg berisi wang tunai berjumlah hampir AS$54,000 (RM254,538) kepada seorang pelancong Jepun yang melupakannya, lapor portal berita VnExpress.
Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu, tukang cuci dikenali sebagai Huong, 57, itu sedang membersihkan sebuah terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.
Dia menemui beg hitam yang ditinggalkan di atas kerusi di lobi menunggu.
Terminal itu tidak mempunyai sebarang penerbangan berlepas atau tiba pada masa kejadian.
Huong menyangka ada penumpang terlupa beg itu, menyebabkan dia memaklumkan kepada majikannya, jabatan pemeriksaan di syarikat Hoan My.
Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian memeriksa beg tersebut. Mereka menemui wang kertas dalam mata wang dolar Amerika Syarikat dan yen Jepun, kesemuannya bernilai hampir AS$54,000.
Wang itu berjaya dipulangkan kepada pelancong Jepun berkenaan.
Huong diberikan ganjaran AS$39 (RM183) oleh majikannya selain AS$195 (RM919) oleh Syarikat Pelaburan dan Operasi Terminal Antarabangsa Da Nang atas kejujurannya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source