Agensi penguat kuasa perlu selaras tindakan banteras penyeludupan – Anwar
PUTRAJAYA – Perdana Menteri ingin semua agensi penguatkuasaan mempunyai penyelarasan tindakan dalam menangani kes-kes penyeludupan terutama di sempadan negara selepas kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana tindakan bagi membanteras kes-kes jenayah seumpama itu adalah tidak mudah ekoran penguat kuasa harus berdepan ‘samseng’ yang mempunyai pengaruh, ugutan dan senjata.
Dengan itu, beliau berkata, perlu ada jalinan baik dalam semua agensi penguatkuasaan dalam menangani ketirisan serta kebocoran dalam negara.
Katanya, kerjasama ini perlu melibatkan pasukan penguatkuasaan antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Sekarang ini penyasaran subsidi, saya sendiri pada akhir tahun 2022, awal 2023, menyaksikan pasukan kementerian di lapangan, minum kopi di warung bersama petugas (penguat kuasa), dan mereka menceritakan bagaimana melakukan tindakan (penjenayah) untuk melarikan diesel dengan segala cara oleh kalangan penyeludup.
“Jadi membanteras mereka tidak mudah, saya akui, sebab itu saya hormat tugas penguatkuasaan yang dibebankan dengan tugas ini kerana kelompok ini kadang-kadang dalam kalangan samseng terkenal dan kuat dengan pengaruh, senjata dan ugutan.
“Tidak mungkin kita boleh selesaikan dengan hanya satu penguatkuasaaan sahaja kerana kita berdepan kekuatan yang luar biasa, puluhan tahun nak rungkai, anggap satu tindakan yang mencabar kedudukan dia (penyeludup),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga penguat kuasa KPDN dan meluncurkan Portal Ihsan Madani di sini hari ini.
Berhubung keperluan mendesak tentang keperluan pusat latihan penguat kuasa KPDN, Anwar memaklumkan, beliau akan membawa isu tersebut ke mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan.
“Saya boleh jamin, minggu depan, saya bawa ke Jemaah Menteri untuk selaraskan, adakan kerjasama dengan badan lain di mana kemudahan itu dapat dimanfaatkan supaya penguat kuasa KPDN dapat gunakan, mudahkan latihan saudara.
“Oleh kerana rasional pusat latihan itu sangat mendesak, maka kita harus segerakan melalui peluang dan kemudahan sedia ada, kita pinjam daripada jabatan (lain), kita akan selaraskan,” katanya.
Terdahulu, pada program berkenaan Anwar turut melancarkan Portal Ihsan Madani dan Aplikasi Ihsan Madani.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source