“Saya perlu jujur, bila anak seni dihentam macam tiada maruah pula’
KUALA LUMPUR: “Fazura menyanyi tidak sedap. Saya perlu jawab dengan jujur, berdosa kalau tipu.”
Demikian kata pelakon, Sharnaaz Ahmad apabila peminatnya meminta mengulas mengenai nyanyian aktres, Nur Fazura yang tular baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, dia berasa simpati melihat bekas isteri kepada aktor, Fattah Amin itu dihentam seperti tiada maruah oleh warganet gara-gara nyanyiannya sumbang ketika mempromosikan lagu yang berjudul Bertahan Demi Cinta di Indonesia.
“Kau orang jangan tipu. Kalau orang kata sedap, saya kena jumpa Doktor Siva untuk periksa gegendang telinga saya ada masalah ke tidak.
“Saya bukan mahu komen, tidak, sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Kasihanlah, tidak mahulah kena kecam begini sebab kita pun anak seni.
“Bila kita tengok anak seni kita dihentam, macam kita tiada maruah pula,” katanya menerusi sebuah video yang tular di TikTok.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon filem Polis Evo 3 itu berpendapat Fazura salah memilih rakan kerana tidak bercakap jujur mengenai vokal aktres itu sehingga dikecam netizen.
Tambah Sharnaaz, jika seseorang individu itu mahu membuktikan keberaniannya dalam mencuba sesuatu perkara yang berbeza, dia perlu ada kemahiran terlebih dahulu.
“Orang kata kalau mahu pergi berperang, jangan bawa pensel. Bawa pistol. Maksud saya di sini kena tajamkan senjata kita itu. Saya rasa masa rakaman, sedap suara dia. Saya dengar di Youtube sedap walaupun auto tune,” jelasnya.
Terdahulu, Fazura yang menyanyikan lagu duetnya bersama Fattah, Bertahan Demi Cinta di sebuah rancangan di Indonesia telah dihentam hebat kerana nyanyiannya yang sumbang.
Sebelum ini, lagu tersebut pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana pihak syarikat rakaman tetap melancarkan lagu itu meskipun pasangan itu sudah berpisah pada 7 Oktober lalu.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah bercerai dengan talak satu selepas tujuh tahun membina mahligai cinta bersama.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source