Anak Zarina Zainuddin Alami Bell’s Palsy
Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan anaknya yang menghidap autisme, Azal Azrai berdepan masalah saraf pada muka iaitu Bell’s Palsy dan turut disahkan oleh doktor.
Power! Perjuangan Anak Kepada Ayah Maka Terhasilnya Produk Hebat Ini
Kalau sebut jer tentang penyakit tiga serangkai, pasti kita akan rasa takut kan? Yelah siapa jer yang nak penyakit ini ‘hinggap’ pada badan kita? Tiada siapa pun yang nak weh. Anda jangan tak tahu, ada…
Memetik Harian Metro, Zarina berkata ketika anaknya bangun tidur pagi semalam dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tapi menyangkakan ianya akibat masuk habuk.
BACA: Zarina Zainuddin Yakin Azal Mampu Jadi Suami Bertanggungjawab
Bagaimanapum ketika menjual produk secara live, ada pengikutnya perasan masalah pada Azal apabila wajah anaknya itu seperti senget.
“Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat ‘live’ untuk menjual produk. Waktu itu pengikut saya yang perasan masalah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengalami Bell’s Palsy apabila mukanya seperti senget.
“Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut,” katanya.
Kata Zarina lagi, terkejut ketika mahu memberi Azal makan malam, anaknya tidak boleh membuka mulut dengan besar untuk makan dan bergegas ke hospital.
“Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam tadi.
“Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik dan pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy,” katanya.
Menurut Zarina lagi, doktor memberitahu saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan virus yang disebarkan dari udara namun tidak berjangkit kepada orang lain.
“Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisioterapi. Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.
“Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source