“Hipokrit!” – Lantang Bersuara Tentang Palestin, Gigi Hadid Bangga Pula Tayang Minum Starbucks?
Kini, model antarabangsa iaitu Gigi Hadid teruk dikecam oleh warganet susulan bangga tayang dirinya menikmati air minuman Starbucks secara terbuka.
Terang-terangan sokong Israel?
Kebanyakan netizen berasa berang kerana sebelum ini, Gigi Hadid merupakan individu ternama yang lantang bersuara mengenai peperangan di Palestin tetapi kini secara terang-terangan menyokong jenama yang diboikot susulan memberi dana kepada pihak Israel.
Dilabel hipokrit!
Susulan gambar tersebut tular di platform X, rata-rata menganggap model tersebut sebagai seorang yang hipokrit biarpun selama ini dia lantang bersuara mengenai kekejaman Zionis terhadap penduduk di Semenanjung Gaza yang hingga ke hari ini belum berakhir lagi.
Malah, ada juga yang menyuruh Gigi Hadid untuk berasa malu kerana dia adalah keturunan Palestin.
Sekadar info, susulan lantang bersuara mengenai peperangan Gaza-Israel, Gigi Hadid telah terima ugutan yang dipercayai daripada pemerintah Israel kerana terlalu menunjukkan perasaan simpati terhadap penduduk Palestin di akaun Instagramnya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source