Tiada kes culik murid sekolah Felda Pasak
KOTA TINGGI – Tular satu mesej berhubung kejadian penculikan membabitkan murid yang berlaku di Felda Pasak di sini yang didakwa didalangi tiga lelaki.
Walau bagaimanapun kejadian itu disahkan tidak benar dan bukannya kes culik seperti didakwa dalam mesej yang tersebar di aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan pada Isnin lalu daripada ibu kanak-kanak berkenaan berhubung kejadian tersebut.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang kejadian culik seperti dinyatakan di Felda tersebut.
“Tiga lelaki yang dinyatakan itu ditemui dan mereka merupakan pekerja dari panel syarikat Astro,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, satu mesej tular mengandungi kata-kata peringatan kepada ibu bapa supaya tidak lewat mengambil anak masing-masing di sekolah.
Mesej tersebut juga meminta ibu bapa yang memiliki anak kecil supaya berhati-hati kerana berlaku kejadian budak nyaris diculik di sekolah itu yang didakwa dilakukan tiga lelaki menaiki sebuah kereta.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source