Raja Muda Selangor santuni 29 anak yatim Raysaas
MELAKA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Raysaas), Pantai Puteri di sini, hari ini.
Pada program itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM8,700 selain 100 kilogram (kg) beras dan 29 set kain pelekat yang bakal diserahkan kepada 29 anak yatim di situ.
Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Tan Sri Mazlan Mansor berkata, pihaknya meneruskan tradisi tahunan dengan menyantuni anak yatim di Selangor menerusi sumbangan Raja Muda Selangor.
Menurutnya, enam lokasi terpilih untuk majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri selain Melaka adalah Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang dan Gombak.
“Semoga sumbangan ini dapat membantu persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat anak-anak ini dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa. YIDE komited dalam membantu anak-anak yatim daripada segi sumbangan Aidilfitri khususnya di Selangor dan di Raysaas.
“Menjadi kewajipan kita menyalurkan sumbangan, ia diteruskan demi kelangsungan kebajikan dan pembangunan kendiri,” katanya kepada pemberita.
Tambah Mazlan, YIDE memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi diagih-agihkan kepada 11,386 anak yatim daripada 6,388 keluarga berdaftar.
Jelasnya, sumbangan kepada penerima dibayar secara berperingkat bermula esok. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source