Noor Nabila Sayang Amelia Christie Macam Adik Sendiri
Hangat diperkatakan mengenai isu hak penjagaan anak pasangan yang bercerai, ramai yang menjadikan hubungan baik pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila sebagai teladan.
Memetik BH Online, Nabila bagaimanapun menganggap dia tidak layak dipuji kerana setiap orang melalui ujian berbeza dan baginya wanita atau ibu perlu memainkan peranan besar serta melakukan demi anak.
BACA: Netizen Kagum Noor Nabila Timbang Lauk Sebelum Makan
“Ibu kena lebih faham dan tidak pentingkan diri sendiri. Maksudnya, awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.
“Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi diri ini… Saya tidak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini… Semuanya berlaku sendiri,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata dia turut mengalami pengalaman ibu bapa berpisah dan tidak mahu Jebat Jayden melalui perkara sama serta memilih untuk berkorban demi anaknya.
“Saya mahu anak okay. Jadi, saya berkorban agar anak saya tidak rasa apa yang lalui. Itulah sebabnya saya okay sahaja dengan semua. Sampai sekarang saya dan Sharnaaz tiada perjanjian hendak ambil anak bila dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia selesa dengan Amelia Christie selepas mengenali secara dekat serta menyifatkan wanita itu pandai membawa diri, baik hati dan penyayang.
“Saya sayang dia… Saya selalu cakap begitu. Dia macam adik saya sendiri. Kalau dia hendak apa-apa, pandangan atau sebagainya, saya ada. Kita juga selalu WhatsApp setiap hari… Jebat pun sayang dia.
“Tetapi mungkin sesetengah orang, dia cemburu orang lain rapat dengan anak dia. Saya hanya fikir positif. Saya hendak masuk 40 tahun. Kalaulah Sharnaaz dan dia ada jodoh dan umur saya tidak panjang, sekurang-kurangnya anak saya ada emak yang sayangkan dia,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source