Nahas lori muatan ikan, trafik sesak 16 kilometer
REMBAU – Seorang lelaki maut apabila terbabit dalam nahas antara treler membawa muatan makanan ringan dan sebuah lori 10 tan membawa muatan ikan di kilometer 234.7, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi.
Dalam kejadian tersebut sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 2.42 petang.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi, Zaini Saleh terdapat tiga orang mangsa lelaki berusia lingkungan 35 tahun hingga 45 tahun terbabit dalam kemalangan tersebut.
“Dua mangsa berusia 45 tahun, manakala seorang lagi mangsa berusia 5 tahun. Dalam kemalangan ini, seorang mangsa meninggal dunia, seorang cedera dan seorang lagi selamat.
“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Zaini lagi, dalam kemalangan tersebut sepasukan anggota Dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah (Melaka) turut menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 4 petang tadi memaklumkan lorong kiri dan lorong tengah masih tertutup serta trafik bergerak perlahan sejauh lebih 11 kilometer. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source