Bayi 6 bulan digigit anak pengasuh
KLUANG- Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan dan kulit terkoyak di belakang badannya dipercayai digigit oleh anak pengasuh berusia tiga tahun pada hari pertama dihantar ke rumah tersebut.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh ibu bayi malang itu dan turut tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat ibu bayi itu pada pukul 5.30 petang, Rabu lalu.
“Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.
“Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenalpasti dan akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit menerusi satu hantaran di Facebook dengan tidak mendedahkan lokasi rumah pengasuh hari ini berkongsi kejadian yang menimpa bayinya itu. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source