Banjir: Pantau anak elak tragedi
BATU PAHAT – Polis menasihatkan agar ibu bapa atau penjaga supaya memantau pergerakan anak-anak ketika musim banjir melanda khususnya melibatkan kawasan yang ditenggelami air seluruh negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan itu bagi memastikan tiada kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini berlaku ke atas mangsa banjir.
“Pasukan keselamatan sering mengingatkan supaya jangan bermain dengan air ketika musim banjir sama dengan bermain api. Api (semasa) kecil kawan, bila besar jadi lawan.
“Begitu juga dengan air, kalau dilihat ada remaja kanak-kanak malah orang tua sendiri seronok main air.
“Jadi kalau boleh jangan biarkan anak-anak main banjir kecuali pastikan betul-betul selamat, nak elak benda tidak diingini berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading di sini hari ini.
Sementara itu, Kamarul Zaman memaklumkan Polis Johor sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung kes rasuah membabitkan pegawai dan anggota polis serta seorang pegawai patologi di sebuah hospital di Johor.
Ujarnya, siasatan sedang dan masih dilakukan dan pihaknya sentiasa berhubung dengan SPRM bagi mengetahui perkembangan kes tersebut.
“Ada setengah itu dah buka kertas siasatan tatatertib atas kesalahan yang dilakukan dan pelanggaran tatatertib siasatan terhadap 33 pegawai dan anggota yang terlibat.
“Tak ada mobiliti cuma yang terlibat tu telah kita gerakkan mereka ubah tempat kerja mereka supaya tidak lagi melakukan penugasan tersebut sehingga siasatan selesai,” katanya.
Terdahulu, Kamarul Zaman memaklumkan, seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah termasuk seorang wanita ditahan SPRM, susulan agensi penguat kuasa itu menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital.
Penahanan itu dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula ekoran aktiviti rasuah itu.
Hasil siasatan SPRM mendapati, 10 pegawai kanan dan 33 penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seluruh daerah di Johor terbabit dalam merasuah ahli patologi itu sejak 2018 hingga 2022. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source