Tiada air, sekolah di Pulau Pinang jalani sesi PdPR
GEORGE TOWN – Semua sekolah di Pulau Pinang kecuali pelajar tingkatan lima dan Kolej Pra-Universiti akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari, bermula 10 Januari ini.
Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, pelajar tingkatan lima dan Kolej Pra-Universiti akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah susulan peperiksaan yang telah dijadualkan.
“Kita telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakan PdPR dalam tempoh terbabit. Surat makluman berhubung pembelajaran menerusi PdPR ini akan diedarkan kepada pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihaknya telah melakukan persiapan menghadapi gangguan bekalan air termasuk mendapatkan bantuan bekalan air dari beberapa negeri.
Menurutnya, perbincangan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah berlangsung dan agensi itu bersetuju untuk membantu mendapatkan bekalan air dari negeri lain.
“Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang memuktamadkan lokasi untuk menempatkan tangki air. Fokus kita kepada kawasan kritikal seperti Balik Pulau, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Sungai Ara.
“Tangki berkapasiti 25,000 liter akan ditempatkan secara statik manakala tangki kecil akan digerakkan ke kawasan berlainan ikut keperluan,” katanya.
Mengulas lanjut Zairil berkata, pembekalan air semula kepada pengguna akan dilakukan sejurus kerja penggantian dua injap berdiameter 1200 milimeter (mm) pada saluran paip air terawat utama Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua selesai.
Media sebelum ini melaporkan 590,000 akaun pengguna PBAPP bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini susulan kerja pembaikan paip segera di LRA Sungai Dua.
Susulan itu, Kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama PBAPP menyediakan beberapa unit tangki air jumbo di setiap daerah, sebagai persiapan menghadapi gangguan bekalan air tersebut. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source