Tiada keretakan dalaman di sebalik berita pertukaran Mat Sabu
IPOH – Desas-desus mengenai pertukaran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menyebabkan perpecahan dalaman parti berkenaan.
Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa malah melihat kebanyakkan ahli-hali partinya sudah biasa dengan situasi pemilihan tampuk kepimpinan ketika berada di dalam Pas.
Beliau optimis dengan keadaan tersebut menjelang pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2023-2026, serentak penganjuran Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Disember ini.
“Tiada isu, sebab parti Amanah akan melantik 27 yang tertinggi (pemimpin) dan di kalangan 27 itu, mereka akan memilih siapa yang layak untuk menjadi Presiden.
“Jadi untuk wakil ini tiada isu. Mereka akan lantik 27 orang ini sahaja, tidak (bukan) lantik untuk jawatan,” katanya kepada pemberita semasa hadir ke Konvensyen Negeri Perak Amanah di sini hari ini.
Sejak beberapa bulan lalu timbul khabar angin kononnya pemilihan dalaman Amanah pada hujung tahun ini bakal menyaksikan pertukaran presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
Hasil pemilihan sesi 2019-2022 lalu, Mat Sabu diangkat sebagai Presiden parti meskipun hanya berada pada kedudukan ketujuh tertinggi mendapat undian perwakilan, berbanding Mujahid di tempat keempat.
Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah mencuri perhatian apabila dikatakan proses itu juga menentukan siapakah bakal mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada Julai lalu.- KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source