Elak ke Kota Al Ula jika tiada alasan kukuh
KEBELAKANGAN ini timbul kekecohan dalam media sosial mengenai satu tempat yang dikatakan dilaknat oleh Allah iaitu Kota Al Ula.
Ia bermula apabila ada pencipta kandungan atau content creator menziarahi lokasi tersebut dan menunjukkan keindahan alam semula jadi di sana.
Rata-rata kita tidak mengetahui tentang kewujudan kota tersebut dan sejarah yang terkandung sehingga dianggap sebagai kawasan dilaknat Allah.
Wujud kekeliruan apabila ada pihak yang mengatakan tidak boleh melawat Al Ula, tetapi ada segelintir pihak pula berpendapat lokasi tersebut masih boleh dikunjungi orang ramai.
Mengulas mengenai perkara itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang juga mutawwif, Dr. Bashasunnahar Puasa berkata, bandar Al Ula mempunyai sejarah dan warisan budaya yang besar.
“Salah satu tarikan utama kota itu adalah laman bersejarah (Madain Saleh) yang telah diktiraf sebagai laman warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Al Ula juga terkenal dengan keindahan alam gurun yang menakjubkan serta formasi geologi unik seperti The Elephant Rock dan pelbagai laman alam semulajadi yang memukau.
“Bandar ini semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan kerajaan Arab Saudi juga mengambil pelbagai inisiatif untuk mempromosikan pelancongan ke wilayah ini dan menjaga warisan sejarah serta budayanya yang berharga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Berbalik kepada kekeliruan sama ada kota tersebut boleh dilawati atau sebaliknya, Bashasunnahar memberitahu, hukumnya adalah bergantung kepada tujuan dan niat asal seseorang individu itu menziarahi kawasan tersebut.
“Secara umumnya, ada beberapa pandangan berbeza dalam Islam tentang melawat tempat-tempat tertentu. Jika seseorang itu datang dengan niat baik seperti untuk memahami sejarah atau mempelajari budaya, mungkin dianggap harus.
“Namun, jika seseorang ingin bersuka ria di tempat yang pernah dilaknat, hukumnya haram.
“Terdapat hadis bahawa baginda Rasulullah untuk mempercepatkan langkah ketika melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah. Kita sebagai umat Islam perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh junjungan mulia,” tambahnya.
Pensyarah itu turut menjelaskan bahawa terdapat hadis lain berkenaan Kota Al Ula untuk menguatkan lagi kenyataan terhadap hukum melawati wilayah tersebut.
Dalam hadis lain, Rasulullah mengarahkan para sahabatnya membuang atau memberi makanan kepada unta semua gandum yang sudah diuli menggunakan air dari kawasan berkenaan dan melarang sahabat untuk meminumnya serta segera beredar.
“Maka dengan itu, jika kita melalui kawasan yang pernah dilaknat Allah, kita perlu segera beredar, atau sekiranya mahu mengambil pengajaran, menangis dan gementarlah dengan azab Allah,” ujarnya.
Kesimpulannya, jika tiada niat yang kukuh untuk melawat kawasan tersebut, seboleh-bolehnya elak sepertimana junjungan nabi kita lakukan.
Sekiranya sudah tiba di sana, menangislah untuk mengenang kembali umat-umat terdahulu yang dilaknat oleh Allah.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source