Isu bekalan beras tempatan, kerajaan jumpa Bernas
MELAKA – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), pegawai-pegawai tinggi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan pesawah pada Khamis ini bagi membincangkan isu bekalan beras tempatan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak pengilang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diarah menghantar bekalan di mana-mana lokasi berlaku kekurangan.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan beras tempatan tidak dimanipulasi sebagai beras import.
“Kementerian telah mengadakan sesi dialog dengan pengilang dan pemborong di Kedah baru-baru ini dan mereka sudah memberi jaminan untuk patuh dengan dasar-dasar ditetapkan kerajaan.
“Saya tegaskan tindakan keras akan diambil terhadap pengilang atau pemborong jika mereka cuba menyorok ataupun menukar label beras semata-mata mahu mencari keuntungan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Jualan Mega Agro Madani Peringkat Kebangsaan di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, hari ini.
Tambah Mohamad, bekalan beras tempatan di seluruh negara adalah mencukupi meskipun berlaku kenaikan harga beras import khususnya dari India sebanyak 40 peratus.
“Harga beras tempatan juga kekal RM2.60 sekilogram. Tiada sebab harga beras tempatan naik kerana kerajaan memberikan subsidi sebanyak 60 peratus.
“Pengilang ingin menaikkan harga beras, namun perkara ini akan kita bincang dari semua segi, keadaan beras di negara kita adalah mencukupi cuma kadang-kadang beras import bukan barang kawalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source