Bapa mengaku salah rogol anak kandung
KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya, April lalu.
Tertuduh yang berusia 39 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya berusia 14 tahun empat bulan di ruang tamu rumah mereka pada 25 April lalu, kira-kira pukul 4.30 petang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga hendaklah dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
Meskipun dinyatakan berulang kali tentang hukuman yang bakal dihadapi, tertuduh yang tidak diwakili peguam tetap mahu membuat pengakuan bersalah terbabit.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim memohon tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan ekoran tertuduh dan mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dan akan menimbulkan kacau ganggu kepada mangsa.
Mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan hukuman. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source