300 Veteran ATM mohon lanjut pelajaran
JOHOR BAHRU – Kementerian Pertahanan (Mindef) menerima kira-kira 300 permohonan daripada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma melalui insiatif Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu merupakan antara 1,000 anggota ATM yang disasarkan tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.
Menurutnya, inisiatif WBL bertujuan untuk meningkatkan taraf akademik anggota ATM sebelum mereka menamatkan perkhidmatan sekaligus membolehkan mereka bekerja dengan tangga gaji kelulusan lebih tinggi selepas tamat perkhidmatan.
“Program berkenaan membabitkan peruntukan RM3 juta dan ia dilakukan secara kerjasama startegik dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Setiap anggota yang mengikuti pengajian itu akan menerima peruntukan RM6,000 bagi menampung kos pembelajaran,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Hilang Upaya (GHU) dan kotak cakna Veteran ATM di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, antara universiti yang terlibat menyediakan pengajian peringkat diploma ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Beliau berkata, pihak kementerian tidak mahu anggota tentera yang tamat perkhidmatan secara wajib hanya bergantung kepada pendapatan wang pencen untuk menampung saki-baki kehidupan.
“Pencen anggota tentera bersara bukannya untuk menampung saki-baki kehidupan mereka tetapi pencen kepada mereka satu lagi kehidupan yang baharu melalui pekerjaan baharu kerana rata-rata anggota berpencen usia masih muda dalam lingkungan 42 dan 43 tahun.
“Jadi umur ini masih lagi mampu untuk berkhidmat dan bekerja ini yang kerajaan beri perhatian, apabila mereka pencen umut 42 tahun keluar nanti mereka terus boleh bekerja,”katanya.
Inisiatif WBL merupakan salah satu antara tiga aspirasi kerjasama strategik Mindef dengan KPT bagi membantu memberi jaminan masa depan kepada anggota tentera.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source