Selangor giat cari bakat baharu eSukan
![Selangor giat cari bakat baharu eSukan Selangor giat cari bakat baharu eSukan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/02/Esports.jpg)
SHAH ALAM – Demi memastikan lebih ramai bakat baharu eSukan dapat dicungkil, kerajaan Selangor menganjurkan Piala Selangor Future Cup 2025 di AEON Shah Alam pada 22 dan 23 Februari ini bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, kejohanan itu dianjurkan bagi memastikan Selangor terus mempunyai pelapis hebat serta berpotensi mewakili negara.
“Kita memang dah lama nak anjurkan kejohanan ini tapi terdapat beberapa kekangan yang berlaku.
“Alhamdulillah, kita berjaya anjurkan kejohanan ini dengan kerjasama banyak pihak, termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor,” katanya pada sidang akhbar kejohanan itu di pusat AEON Shah Alam semalam.
Menurutnya, lebih 400 pelajar daripada 64 buah sekolah menengah akan menyertai kejohanan permainan video Mobile Legend itu.
Katanya, setiap sekolah akan diwakili tujuh pelajar dengan format kejohanan adalah bermain secara liga.
“Setiap pasukan akan bermain beberapa perlawanan sebelum pemenang dipilih berdasarkan keputusan juri.
“Kumpulan yang menjadi juara akan mendapat penajaan biasiswa bernilai RM160,000 daripada pihak TODAK Academy yang mana peserta kumpulan itu akan ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kemahiran.
“Kita tidak mahu pelajar ini meninggalkan pengajian mereka walaupun mereka mahu menjadi atlet eSukan profesional pada masa akan ,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source