“Lawa Zahnita Sekarang Semenjak Dah Tak Dengan Lelaki Gila”
Baru-baru ini, penampilan pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menjadi perhatian ramai apabila ditata rias oleh seorang jurusolek untuk sebuah acara.
Menerusi gambar yang tular di platform X, Zahnita dilihat anggun mengenakan busana serba putih sekaligus menyerlahkan lagi kejelitaannya.
BACA: Zahnita Wilson Sebak Selepas Jalani Rawatan Pemutihan Gigi
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kecantikan Zahnita selepas berdepan episod duka sebelum ini. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan inilah wajah Zahnita yang mereka lihat di majalah dan televisyen satu ketika dahulu.
“Zahnita, you glow girl!,” komen netizen.
“Memang muka model,” tulis netizen.
“Ini baru betul muka million international,” puji netizen lain.
“Lawa gila Zahnita sekarang semenjak tak dengan laki gila,” komen netizen sinis.
“Zahnita yang saya lihat di majalah dan TV, suka bagaimana dia bersinar selepas meninggalkan hubungan toksiknya,” komen netizen lagi.
Terdahulu, nama Zahnita membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source