Larangan kenderaan berat waktu puncak, langkah terbaik tingkat keselamatan – PLUS
![Larangan kenderaan berat waktu puncak, langkah terbaik tingkat keselamatan – PLUS Larangan kenderaan berat waktu puncak, langkah terbaik tingkat keselamatan – PLUS](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-07-at-7.22.34-PM.jpeg)
PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyifatkan peluasan larangan pergerakan kenderaan berat (Kelas 2 dan Kelas 3) pada waktu puncak sebagai langkah proaktif kerajaan dalam meningkatkan keselamatan serta melancarkan trafik di lebuh raya utama menuju ke Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan PLUS berkata, larangan yang diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu akan berkuat kuasa bermula 19 Februari ini dan melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) serta Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
“Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan perjalanan lebih selamat serta lancar terutama pada waktu puncak hari bekerja, iaitu Isnin hingga Jumaat, kecuali Hari Kelepasan Am.
“PLUS sentiasa komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan LLM serta agensi-agensi kerajaan lain bagi memastikan kelancaran trafik di lebuh raya,” katanya hari ini.
Sebelum ini, LLM memaklumkan mengenai peluasan pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak, membabitkan beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang, bermula 19 Februari ini.
Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun, berkata pelaksanaan larangan yang juga inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) itu sudah diwartakan pada 21 Oktober tahun lalu.
PLUS turut memaklumkan bahawa papan tanda telah dipasang di lokasi strategik untuk memberi panduan jelas kepada pengguna lebuh raya, khususnya pemandu kenderaan berat, mengenai lokasi dan waktu larangan berkuat kuasa.
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan larangan ini boleh didapati melalui laman web rasmi PLUS di www.plus.com.my atau menerusi platform media sosial syarikat itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source