Lelaki rompak rumah bekas isteri
![Lelaki rompak rumah bekas isteri Lelaki rompak rumah bekas isteri](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/02/rompak-bekas-isteri.jpg)
JAKARTA – Seorang lelaki merompak rumah bekas isterinya dan melarikan beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Kejadian berlaku di sebuah kampung di Aceh Singkil, wilayah Aceh.
Dalam kejadian pada Isnin lalu sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan), suspek dikenali sebagai N, 45, memecah masuk rumah mangsa, NA, 57.
Dia masuk melalui ruang ventilasi udara.
Melihatkan mangsa yang sedang tidur, suspek dengan pantas melarikan sebuah beg tangan, dua buah telefon bimbit, barangan kemas dan beberapa barang lain.
“Ketika pelaku mengambil barang tersebut, mangsa tersedar dan menyedari perbuatannya itu,” kata Ketua Polis Singkil, Asisten Komisioner Didik Surya.
Suspek kemudian memukul mangsa pada muka sehingga dia terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Mangsa membuat laporan polis keesokan harinya sebelum suspek ditahan.
Polis berkata, ia bukan kali pertama suspek mencuri barang daripada mangsa kerana pada tahun lalu, dia mengambil kad mesin juruwang automatik (ATM) milik bekas isterinya itu.
Kedua-dua mereka bercerai pada tahun lalu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source