Dewan Rakyat: Cadangan pindah rakyat Palestin tak masuk akal
![Dewan Rakyat: Cadangan pindah rakyat Palestin tak masuk akal Dewan Rakyat: Cadangan pindah rakyat Palestin tak masuk akal](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/01/WhatsApp-Image-2025-01-16-at-11.04.58.jpeg)
KUALA LUMPUR – Malaysia menyifatkan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari tanah air mereka sebagai tidak masuk akal.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia berasa amat kesal dengan kenyataan itu yang jelas melanggar hak asasi manusia, piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa.
“Kita (Malaysia) menentang dan tidak setuju dengan cadangan mengusir secara paksa rakyat Palestin kerana rakyat Palestin sendiri menyatakan mereka tidak mahu berganjak dari tanah air mereka,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung pendirian kerajaan terhadap kenyataan Trump untuk mengusir rakyat Palestin dari negara mereka.
Mohamad berkata, Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak sebuah negara mereka yang merdeka.
Kata beliau, sokongan itu termasuk berdasarkan resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan rakyat Palestin berhak mendapat negara yang merdeka.
Tambah beliau, Malaysia akan mengeluarkan kenyataan bersama ASEAN berhubung penegasan tidak bersetuju mengenai perkara berkenaan.
“ASEAN ini kita tak boleh keluar sewenang-wenangnya. ASEAN ini memerlukan blok secara konsensus. Kita memerlukan kebulatan suara jika kita nak buat keputusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source