Banyak Bagi Peluang, Linda Hashim Nekad Fail Cerai Kali Ketiga
Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia dan suaminya, Beego pernah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan mereka kembali rujuk pada April 2023.
Memetik mStar Online, Linda berkata dia tidak mendedahkan kerana bimbang dianggap mempermainkan perkahwinan.
BACA: “Farid Kamil, Diana Danielle Sama-Sama Buang Ego” – Linda Hashim
“Kali pertama kami bercerai pada Mac 2023 dan ketika itu kecoh kami rujuk semula sebulan kemudian. Tak ramai tahu yang kami bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun sama namun kami rujuk semula di luar mahkamah,” katanya.
Menurut Linda, dia tekad dengan keputusannya itu kerana masalah sama tetap berulang dan sudah berkali-kali memberi peluang kepada suami sepanjang 11 tahun bersama.
“Berbulan-bulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang perkahwinan saya ini.
“Saya sudah bagi peluang dan cuba perbaiki masalah yang sama selama 11 tahun kami bersama. Saya rasa cukuplah sampai di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Linda berkata dia enggan berkongsi mengenai punca dia mahu bercerai kerana mahu menjaga aib suaminya serta bimbang sukar untuk mencari rezeki.
Sementara itu, Linda mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya namun Beego masih bertemunya untuk urusan anak-anak serta ada memujuknya.
“Dia tahu apa yang berlaku adalah salah dia. Beego ada pujuk dan minta maaf tapi saya tidak tahu dia ikhlas atau pun tidak. Dia pujuk tapi masih lakukan perkara yang sama,” katanya.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source