Anak Saudara Dedah Azar Azmi Belum Kahwin, Dah ‘Resign’ Jadi Artis
Umum mengetahui, nama pelakon Azar Azmi menjadi bualan ramai apatah lagi sudah lama ‘hilang’ secara tiba-tiba dari industri seni sekaligus menimbulkan tanda tanya.
Terbaru, seorang individu dipercayai anak saudara Azar Azmi ada memuat naik gambarnya bersama aktres tersebut di TikTok dengan kapsyen berbunyi, “Dia mak cik saya yang paling ting tong”.
BACA: Azar Azmi Menghilang, Mesej Hafreez Adam Tak Berbalas Sejak November 2022
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan mengenai perkembangan terbaru Azar dan ada yang rindu untuk melihatnya kembali berlakon.
Menerusi ruangan komen, individu itu memberitahu Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.
“Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres. Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.
“Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon. Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul,”jawab individu itu.
Sementara itu, individu itu turut menafikan dakwaan Azar sudah pun mendirikan rumah tangga seperti yang hanfat diperkatakan sebelum ini.
SUMBER: TikTok tri3120.412
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source