[VIDEO] Pemandu Honda nyaris jatuh parkir Hospital Serdang rupanya pesakit jantung
SERDANG – Seorang lelaki iaitu pesakit jantung dikenal pasti sebagai pemandu Honda HRV yang terlibat dalam insiden di tempat letak kereta bertingkat dekat Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam.
Pengarah (HSIS) Dr. Farique Rizal Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 40 tahun itu mengalami sakit dada secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan ke atas kenderaan dan merempuh dinding parkir berkenaan.
“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan tembok dinding tempat letak kereta runtuh dan menimpa sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak di jalan utama berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Farique Rizal berkata, pemandu tersebut bersama tiga penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.
Tambahnya, kes sedang disiasat lebih lanjut oleh Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah kereta Honda HRV nyaris terjatuh dari tingkat dua tempat letak kereta Pusat Jantung HSIS selepas merempuh dinding bangunan itu, semalam.
Menerusi perkongsian Almaizah Umie di Facebook, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira pukul 1.22 petang tadi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source