[VIDEO] Tetamu tak diundang ‘rembat’ duit tuan rumah RM2,500
PETALING JAYA – Majlis kesyukuran anjuran sebuah keluarga di Pasir Mas, Kelantan bertukar suram apabila beg tangan berisi wang berjumlah RM2,500 telah dilarikan oleh seorang wanita yang menyamar sebagai tetamu, Sabtu lalu.
Berdasarkan maklumat oleh Ameer Hakimi, wanita berkenaan pada awalnya dikatakan ingin menumpang tandas di rumah kakak iparnya itu.
Ameer Hakim turut berkongsi video daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam rumah berkenaan yang jelas memaparkan wanita itu mengambil beg tangan berwarna putih di atas sebuah kabinet dan terus berlalu pergi.
“Majlis Kesyukuran kakak ipar berubah suram. Aktiviti majlis perkahwinan tetamu tidak diundang mengambil harta bukan miliknya.
“Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM2,500,” katanya pada satu hantaran di Facebook, semalam.
Dalam masa sama, Ameer Hakim juga meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi video berkenaan bagi menjejak pelakunya selain menggesa wanita itu memulangkan kembali harta yang telah dicuri.
“Pakat beringat. Boleh kongsi. Tolong pergi letak semula bawah pintu tuan rumah apa-apa cara untuk kembalikan harta tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source