“Budak 4 Tahun, Kita Tak Boleh Nak Jangka Apa Dia Akan Cakap…” – Fattah Amin Nafi Hubungan Dengan Anak Bermasalah
Pelakon, Fattah Amin menganggap reaksi anaknya, Nur Fatima Aisya yang dikatakan merajuk dengannya sebagai sesuatu perkara yang normal bagi kanak-kanak seusianya.
Memetik dari OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, luahan spontan anaknya ketika melakukan siaran langsung di TikTok itu adalah satu perkara yang terjadi di luar jangkaan lebih-lebih lagi apabila usianya masih kecil.
Budak umur empat tahun, kita tak boleh jangka apa yang dia akan cakap. Saya rasa itu perkara biasa. Mungkin dia merajuk.
Dalam pada itu, pelakon itu menafikan wujudnya masalah dalam hubungannya bersama anak.
Fattah memberitahu dia baru sahaja bertemu dengan anaknya pada hari Jumaat yang lalu dan tidak melihat sebarang tanda seperti yang digembar-gemburkan.
Bila kami berjumpa, saya tak nampak reaksinya seperti dalam video yang tular. Kami banyak berbual.
Meskipun keadaan sekarang tidak seperti dahulu, namun hubungan kami masih kuat. Saya tak rasa ada jurang antara kami.
Saya dan Fazura (bekas isteri) juga cuba sebaik mungkin untuk membuat Fatima memahami situasi yang berlaku sekarang.
Pelakon itu turut menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memuat naik video tersebut namun dia berharap agar tiada sebarang spekulasi lagi yang timbul.
Saya tak tahu apa niat orang yang memuat naik video tersebut. Saya harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik.
Sekadar info tambahan, Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source