“Along Lebih Tahu Saya Macam Mana”
Kenyataan Along Cham baru-baru ini mengenai keguguran isterinya seolah memberi bayangan seolah Afreena bukan menghamilkan anaknya sekaligus menimbulkan persoalan netizen.
Memetik mStar Online, Afreena bagaimanapun menafikan dakwaan dia berlaku curang sepanjang perkahwinan dengan pelawak itu dan Along mengenali dirinya.
BACA: “Saya Doa, Kalau Kandungan Itu Zuriat Saya Kekalkan, Jika Sebaliknya Keluarkan”
“Astaghfirullah, awak suami saya. Awak lebih tahu saya macam mana. Ada pula (netizen) yang kata saya curang tetapi saya bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Along lebih tahu saya macam mana,” katanya.
Sementara itu, Afreena berkata dia sudah lakukan terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga namun hasrat tidak kesampaian apabila Along nekad memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik.
“Siapa yang berkahwin untuk bercerai? Saya sendiri mahu selamatkan rumah tangga saya. Saya ada cuba pujuk dan bercakap untuk baiki perkara ini tetapi dia mahu failkan lafaz taklik. Jadi, saya berserah sahaja,” katanya.
Terdahulu, Along mengakui ada menerima perkhabaran menenai kehamilan isterinya ketika dalam tahanan Penjara Sungai Buloh. Bagaimanapun Along berkata dia hanya mengetahui mengenai kuguguran isterinya selepas dibebaskan dari penjara.
“Saya dapat tahu perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serah kepada Allah.
“Saya doa dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.
“Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil),” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source