Wanita Tipu Isteri Along Cham Ada 5 Rekod Jenayah
Seorang wanita yang ditahan berhubung kes penipuan RM95,180 melibatkan isteri pelawak, Along Cham mempunyai lima rekod kes sama di empat negeri.
Memetik Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata selain di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah, wanita itu turut dikhendaki di Sabah.
BACA: Tipu Isteri Along Cham RM95,000, Polis Tahan Suami Isteri
“Wanita itu kini direman selama empat hari manakala suaminya pula direman tiga hari. Pasangan tersebut berusia dalam linkungan 20-an. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, pihak polis berkata mereka masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sama ada wujud penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan dapat mengurangkan tuduhan terhadap Along Cham.
“Bagaimana boleh meyakinkan mangsa kononnya menguruskan dengan pihak berkuasa untuk mengurangkan tuduhan masih dalam siasatan.
“Kita sedang kesan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain dalam siasatan lagi. Adakah benda ini betul atau satu tuduhan pihak berkuasa,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source