[VIDEO] Abang Azriel tolong jangan… lama nak tunggu Isnin
PETALING JAYA – “Abang Azriel tolong jangan mati, lama nak tunggu Isnin, harap ada yang selamatkan abang Azriel, siapa nak jaga ibu kalau abang tak ada”.
Itulah antara komen yang ditinggalkan orang ramai selepas menonton episod 24 Curang Tanpa Niat di slot mega drama Astro Ria sebentar tadi.
Babak akhir pada episod malam ini berjaya ‘memancing’ emosi penonton apabila watak kanak-kanak dikenali sebagai abang Azriel lakonan Qaiszerr Eshan, dilihat terjatuh ke dalam kolam ketika ingin mengambil pelampung.
Situasi cemas tersebut berlaku ketika kanak-kanak itu ditinggalkan seorang diri oleh bapanya, Eshaal yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya kerana sibuk mengejar ‘office wife’, Astrid lakonan Sharifah Sakinah.
“Tengok drama Curang Tanpa Niat malam ini, saya dan mak terus tutup televisyen apabila Eshaal tinggalkan abang Azriel sendiri dekat kolam. Tak sanggup kami lihat apa yang terjadi seterusnya,” kata Alyaah.
“Macam tahu sahaja ada sesuatu akan berlaku. Abang Azriel sempat cium tangan adik Shaima sebelum ikut ayah. Lama sangat Isnin baru tahu apa jadi pada abang Azriel, jangan tinggalkan kami. Tolong ada yang selamatkan. Kesian ibu, adik,” kata Noreen Laa.
“Abang Azriel mati ka? Janganlah. Aduh, stress tunggu Isnin,” komen Syamelofficial.
Sementara itu, semakan Kosmo! di laman X, tanda pagar #CurangTanpaNiat sohor kini dengan lebih 2,600 ciapan kurang daripada sejam.
Drama popular arahan Eyra Rahman yang turut dibintangi oleh Mira Filzah, Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi serta Evertts Gomes berjaya membawa penonton ke sebuah kecurangan, konflik rumah tangga dan kesetiaan dalam perkahwinan. – KOSMO! ONLINE
@sha_natashaa1 #curangtanpaniat #curangtanpaniat #curangitupilihan ♬ bunyi asal – Curang tanpa niat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source