Lelaki maut motosikal bertembung pemandu kereta positif dadah
KUALA KRAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dipandu pemandu dalm keadaan positif dadah di Kilometer 59, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Keroh di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.
“Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.
“Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mazlan memberitahu, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat.
“Ujian awal saringan air kencing mendapati, pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.
“Siasatan lanjut turut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta itu yang memotong kenderaan di depannya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian penunggang motosikal,” ujarnya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source