‘Hannani belum pulang ke kampus di Jepun’
PETALING JAYA – Seorang penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di National Institute of Technology (Kosen) Kure, Hiroshima, Jepun dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh Zunita Ramli iaitu seorang rakyat Malaysia di Jepun, pelajar tersebut dikenali sebagai Hannani, 21, dipercayai meninggalkan kampusnya pada tengah hari Isnin, namun difahamkan belum pulang sehingga kini.
“Nak minta tolong kalau sesiapa kenal atau tahu keberadaan anak gadis ni. Mak dia mencari anaknya yang tak dapat dihubungi.
“Kedutaan dah tahu, imigresen Jepun pun dah tahu. Tapi, setakat ni tak ada apa-apa berita lagi,” katanya hari ini.
Difahamkan, Hannani meninggalkan tempat penginapan pelajar dengan berpakaian uniform serta membawa beg.
Pada hantaran itu, Zunita turut berkongsi maklumat yang boleh dihubungi bagi sesiapa yang mengetahui keberadaan Hannani.
“Kalau sesiapa yang ada info, boleh hubungi Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, PPL Tokyo.
“Encik Imran Yusof di talian +81 80-7561-8080 atau Puan Yang Munirah di talian +60 12-688 8364. Sebarang bantuan atau maklumat amat dihargai,” menurut maklumat berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source