Berbeza Agama, Adam Corrie Tetap Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak
Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah berkata dia masih menjalan tanggunjgawab sebagai seorang anak meskipun sudah hampir 20 tahun memeluk agama Islam.
Memetik Sinar Harian, Adam berkata dia tetap meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain biarpun berbeza agama.
BACA: Adam Corrie Minta Suami Fikir Panjang Sebelum Kahwin Lain
“Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.
“Jadi saya rancang untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-ALLAH akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya,” katanya.
Menurut Adam lagi, Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna apabila dapat bersatu semula dengan seorang adiknya yang terpisah sejak 36 tahun lalu.
Adam berkata adiknya sebelum ini diserahkan kepada seorang bidan berbangsa Melayu yang juga kawan baiknya untuk dijaga kerana ibunya tidak mampu berbuat demikian.
“Mendiang ayah ketika hayat adalah seorang tentera dan banyak bertugas di luar negara. Kami pula ada adik beradik seramai 10 orang, saya anak kelima dan adik anak keenam.
“Jadi mak serahkan adik saya kepada bidan itu yang juga kawan baiknya. Namun disebabkan tuntutan tugas, bidan itu dan keluarga kami sama-sama berpisah. Ikutkan awal-awal itu mak dan bidan tersebut ada berhubung, tetapi tidak dapat bertemu kerana jauh,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source