Azrul Rasa Sangsi Cara Isteri Along Cham Mohon Sumbangan
Pelakon dan pelawak Azrul Zaidi mendedahkan isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi ada menghubunginya untuk meminta bantuan ketika suaminya berada dalam tahanan polis.
Memetik mStar Online, Azrul berkata dia terkejut apabila dihubungi Afreena yang meminta bantuan kerana mahu membayar peguam dan hal melibatkan mahkamah yang menelan belanja RM100,000.
BACA: “Berdosa Saya Cakap Buruk Tentang Along, Dia Masih Suami” – Afreena
“Ada dia (Afreena) hubungi saya, terkejut juga mana dia dapat nombor telefon saya.
“Dia tak beritahu nak amaun berapa cuma beritahu nak bayar peguam dan sebagainya menelan belanja lebih RM100,000,” katanya.
Sementara itu, Azrul berkata pada awalnya dia ada niat untuk membantu, namun perasaan sangsi terhadap wanita itu membuatkan dia melupakan hasrat tersebut.
Malah, selepas isu berkenaan tular, Azrul berkata perbualannya bersama Afreena di WhatsApp dan Instagram juga sudah dipadam.
“Mulanya ada niat nak bantu tapi saya tak beri sebab rasa sangsi, dia asyik tanya bila nak masukkan duit macam terdesak sangat,” katanya
Ditanya mengenai hubungan dengan Along, Azrul yang juga bekas anggota Cham berkata sudah sembilan tahun mereka tidak bertegur sapa, namun berharap ujian yang berlakon membuatkan Along menjadi insan lebih baik.
“Kali terakhir kami berhubung adalah ketika bertanding Maharaja Lawak Mega 2016, selepas itu dah senyap. Kami pun masing-masing tak follow antara satu sama lain di media sosial.
“Saya cuma berharap ujian hidup yang terjadi pada dirinya itu membuatkan dia menjadi manusia lebih baik di masa hadapan,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source