‘Hilang takut berkhatan ramai-ramai’
SEREMBAN: Setiap kali musim cuti persekolahan, program berkhatan beramai-ramai menjadi lazim dianjurkan pelbagai pihak.
Bukan sahaja lebih menjimatkan tetapi daripada satu sudut lain ia dapat menggurangkan rasa takut kanak-kanak untuk menghadapinya berbanding sekiranya mereka dibawa keluarga untuk berkhatan.
Ia diakui dua beradik, Haraz Ramadhan Hishamudin, 8 dan abangnya, Muhammad Haziq Qayyum Hishamudin, 9, yang merupakan antara 57 orang kanak-kanak menyertai Program Khatan Jamaie di Masjid Kariah Pekan Labu di sini, semalam.
Haraz Ramadhan berkata, mereka berdua bukannya gementar sebaliknya teruja untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai itu.
“Malam tadi tidur lena sahaja, pagi tadi pun kami sampai awal sebab tidak sabar mahu mandi air semburan bomba dan berkhatan ramai-ramai dengan kawan-kawan.
“Kalau dengar cerita daripada kawan, macam takut tetapi selepas dapat mandi air semburan bomba, rasa takut terus hilang,” katanya yang ditemani ibu, Nur Hidayah Aziz, 35.
Program berkenaan dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Rasah Negeri Sembilan dan pihak masjid.
Nur Hidayah berharap program seumpamanya dapat diteruskan setiap tahun sekali gus meringankan beban ibu bapa.
“Anak-anak pula bersemangat, tiada rasa takut langsung apabila ada ramai kawan-kawan turut serta semasa musim cuti sekolah ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak berkata, penganjuran program berkenaan secara tidak langsung meringankan kos yang ditanggung ibu bapa di samping dapat mendekatkan kanak-kanak dengan masjid.
“Kalau diikutkan kos berkhatan lebih kurang RM100 bagi seorang kanak-kanak oleh itu melalui program sebegini kami beri subsidi kepada ibu bapa supaya mereka dapat melaksanakan untuk anak-anak mereka,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source