Along Cham Sujud Syukur Lepas Tanpa Bebas Satu Kes Dadah
Pelawak Along Cham melakukan sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis.
Memetik Harian Metro, bagaimanapun Along didakwa hari ini atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.
BACA: “Allah Tunjuk Sedikit Demi Sedikit..” – Isteri Along Cham Buat Solat Tahajud
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Ahmad Fuad Othman selepas membenarkan pertuduhan kes dadah Along dipindah ke Mahkamah Majistret.
Di Mahkamah Majistret, Along mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dadah jenis kanabis dan memasukkan dadah ke badannya pada hari sama.
Mengikut pertuduhan pertama, pelawak itu didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 49.61 gram di kediamannya di Cyberjaya pada 14 Disember 2024.
Jika disabitkan bersalah Along boleh dikenakan penjara minimun selama dua tahund an tiga sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, 10 malam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang,
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source