“Yang Baik Boleh Jadi Jahat & Yang Jahat Boleh Baik” – Ibu Ameera Khan Tegur Sindiran Netizen, Jangan Mudah Menghukum
Baru-baru ini, ibu kepada personaliti media sosial dan model, Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu mudah menilai seseorang.
Tegur netizen, jaga diri sendiri
Dapat dilihat dalam keratan klip live di TikTok, Noor Kartini menegur segelintir netizen yang sengaja meninggalkan komen sindiran dan meminta mereka menjaga diri sendiri berbanding mempunyai sikap iri hati.
Mereka mungkin dapat jodoh yang lebih buruk 100 kali ganda kerana niat mereka tidak betul. Sebab itulah jangan ada penyakit hati atau busuk hati. Yang baik boleh jadi jahat dan yang jahat boleh baik.
‘Allah SWT saja boleh menilai manusia’
Dalam pada masa yang sama, ibu Neelofa itu itu turut menegaskan hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai manusia dan untuk menjadi insan yang baik, hindarkan diri daripada menghukum orang lain.
Saya sudah hidup 58 tahun dan sudah melihat pelbagai pengalaman hidup. Jangan menilai orang kerana Allah sahaja yang boleh menghukum manusia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source