“Sekurang-Kurangnya Saya Ada Teman Bicara”
Timbul dakwaan mengatakan Erra Fazira akan melangsungkan majlis istimewa pada 7 Februari depan iaitu dua hari sebelum hari lahirnya, pelakon itu mengatakan tiada apa-apa yang akan berlaku.
Memetik Kosmo, aktres berusia 51 tahun itu berkata dia sendiri tidak tahu-menahu apa akan berlaku pada hari tersebut.
BACA: “Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus Duda & Agak Matang”
“Saya difahamkan akan ada sesuatu yang bakal berlaku pada 7 Februari. Saya diasak dengan soalan tentang perkara itu oleh pelbagai pihak. Saya sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada 7 hari bulan. Saya ‘chill’ sahaja. Tiba-tiba kita dijentik dengan tarikh itu,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia lebih terbuka berkongsikan keakrabannya dengan Mr E atau Ezwan, Erra berkata dia tidak mahu terbuka atau terlalu berahsia.
Malah, Erra berkata dia belum pernah berbincang apa-apa dengan anaknya iaitu Engku Aleesya mengenai perkara berkenaan kerana masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.
“Saya tak pernah cakap apa-apa dengan anak mengenai hal ini. Dengan keluarga pun tak ada. Kerana macam saya katakan, perkenalan saya dan Ezwan masih di peringkat awal. Berilah peluang untuk kami mengenali hati budi terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Erra berkata dia terharu apabila ramai yang mendoakan kebahagiaannya bersama Ezwan dan ada yang mahu melihat mereka melangkah ke fasa seterusnya.
“Allahuakbar. Amin. Alhamdulillah. Saya mohon doa yang baik-baik daripada semua. Saya pun tak tahu hala tuju saya. Tetapi apa sahaja yang terbaik yang Allah aturkan, saya terima dengan reda.
“Pada usia saya yang sudah matang, adalah mustahil untuk saya menyembunyikan sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya saya ada teman bicara,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source