Inisiatif program perpaduan kepada NGO akan diteruskan
KUALA LUMPUR – Inisiatif pemberian bantuan kewangan yang diuruskan Kementerian Perpaduan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi menganjurkan program perpaduan di negara ini akan terus dilaksanakan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian berharap NGO yang menerima bantuan itu terus berganding bahu dalam meluaskan usaha capaian dan memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan program berkaitan perpaduan.
“Pada 2024, sebanyak 78 program perpaduan diterajui NGO melalui kerjasama kementerian dilaksanakan di seluruh negara membabitkan 621,739 peserta.
“Bagi tahun ini, kementerian memberikan fokus kepada penganjuran program yang berteraskan kepada harmoni dalam kepelbagaian dan pembinaan negara bangsa, melalui penerapan dua fokus ini dalam program yang bakal dianjurkan, usaha untuk memperkasakan hubungan antara pelbagai kelompok masyarakat dan pembinaan identiti nasional akan dapat direalisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan (BKPP), di Hotel Seri Pasifik di sini hari ini.
Dalam pada itu, Aaron menyifatkan, tatakelola yang baik adalah aspek kritikal bagi kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
“Perancangan tatakelola yang konkrit dapat menatijahkan ketelusan, akauntabiliti, keterangkuman dan keberkesanan, kesemua ini menyumbang kepada wujudnya satu pentadbiran madani, demokratik dan mampu berfungsi dengan baik,” katanya.
Menurutnya lagi, selaras dengan reformasi perkhidmatan awam dan amalan tatakelola, permohonan bantuan bagi melaksanakan program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian.
Katanya, penambahbaikan yang dibuat melalui portal BKPP ini adalah satu manifestasi bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source