Lelaki Beli Rumah Lepas Gaji Naik, Menyesal & Sedar Lebih Baik Menyewa Sahaja – “Terbeban Bayar Bulanan Hampir RM3000”
Seorang individu meluahkan penyesalannya dalam membuat pilihan dalam hidup membabitkan komitmen bulanan yang kini membebankan kehidupannya.
Menerusi Facebook Muflis Bankrupt Malaysia, lelaki berusia 34 tahun itu yang enggan identitinya diketahui berkata dia kini berasa terbeban dengan bayaran pinjaman perumahan sebanyak hampir RM3,000.
Beli service apartment 991kps RM464,000, bulanan hampir RM3,000, loan 30 tahun (ditambah dengan) maintenance lagi RM300.
Ujarnya, dia telah membuat pilihan yang salah ketika gajinya meningkat dan terus membuat keputusan membeli rumah hanya kerana merasakan dia tidak mempunyai apa-apa aset setelah 11 tahun bekerja.
Tambahnya, ketika itu dia tiada bebanan hutang yang lain memandangkan kereta dan pinjaman pengajiannya semua sudah dilangsaikan beberapa tahun ketika dia mula bekerja dahulu.
Rumah ini hanyalah sebuah keinginan saya sahaja. Naik je gaji yang sekarang RM4,400 saya terus beli rumah yang hakikatnya membebankan saya. Silap saya kerana tak fikir mendalam masa nak beli tu.
Dia turut mengimbau kehidupannya sebelum membeli rumah tersebut di mana ketika itu dia hanya menyewa namun hidup aman dan tenang tanpa gangguan hutang.
Lelaki berkenaan juga sempat menasihat orang ramai yang mempunyai keinginan dan menyimpan impian untuk membeli rumah agar berfikir sebaiknya dan buat pengiraan dengan betul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source