Fitnah Diperkosa Ebit Lew, Mahkamah Perintah Mondy Tattoo Bayar Ganti Rugi RM20,000
Pempengaruh dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk membayar ganti rugi kepada Ebit Lew sebanyak RM20,000 kerana memfitnah pendakwah bebas tersebut merogolnya.
Hal itu dimaklumkan oleh Ebit Lew menerusi hantarannya di Facebook selepas mahkamah memutuskan sedemikian hari ini.
Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman ke atas Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya.
Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Berdasarkan dokumen itu, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 serta faedah sebanyak lima peratus setahun bermula dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.
Dalam pada itu, Ebit Lew berkata saman terhadap penyanyi rap, Caprice yang menyiarkan ‘podcast’ (audio siar) berkaitan dakwaan tersebut akan berlangsung pada Mei ini.
Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.
Pendakwah tersebut juga turut membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.
Pada 6 Jun 2024, Ebit dilaporkan tidak akan didakwa atas tuduhan merogol Mondy selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut (no further action).
Pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda.
Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Ebit selaku plaintif memberitahu beliau mula mengenali Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source