Perak tidak pernah bincang isu sekatan jualan arak
TELUK INTAN: Kerajaan negeri tidak pernah membincangkan perkara berkaitan sekatan jualan arak di Ipoh dalam mesyuarat rasmi.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina negeri, Woo Kah Leong sehubungan itu menegaskan, perkara itu tidak perlu diulas oleh pemimpin DAP dan PKR yang mewakili bukan Islam dalam kerajaan negeri.
“Mesyuarat MMK yang akan datang (esok) pun tiada agenda ini.
“Saya tidak pasti MCA sekarang berada dalam kerajaan Perpaduan tetapi bertindak (kerana) seolah-olah musuh dalam dan luar selimut yang mempertikaikan perluasan sekatan jualan arak.
“Saya jemput MCA untuk datang ke bilik Menteri Besar pagi esok selepas mesyuarat MMK untuk tanya sama ada perluasan sekatan jualan arak ini benar sedang dilaksanakan atau tidak.
“Saya harap MCA boleh bertindak sebagai sebuah parti politik yang lebih membina dan bukan membinasakan,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Program Jualan Rahmah Madani dan Pengumuman (SHMMP) Tahun Baru Cina di Pasar Raya Lotus Teluk Intan di sini hari ini.
Kah Leong mengulas kenyataan Ketua Penerangan MCA Perak, Chung Kok Leung yang mempersoalkan mengapa pemimpin DAP dan PKR tidak mengulas isu itu sebagai mewakili kaum bukan Islam.
Terdahulu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, terdapat desakan di beberapa kawasan dalam Ipoh yang majoriti penduduk Melayu dan Islam menuntut supaya tiada penjualan arak di kawasan mereka.
Menurutnya, kumpulan tersebut mahu larangan itu dilakukan seperti mana tindakan sama berlaku di Gugusan Manjoi iaitu penempatan yang hampir sepenuhnya adalah masyarakat Melayu dan Islam.
Rumaizi berkata, secara prinsip MBI bersetuju, tetapi akan meneliti kawasan terbabit satu-persatu dan buat masa ini tidak dilaksanakan lagi.
Gugusan Manjoi yang merupakan kawasan utama penduduk majoriti Melayu Islam di Ipoh telah dilarang penjualan arak sejak tahun 2021. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source