‘Mangsa scammer’ kena dakwa – Kosmo Digital
REMBAU – Seorang penghantar makanan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barangan curi berupa barang kemas bernilai RM 12,734 di Tampin minggu lalu.
Majistret Kartini Kasran membuat keputusan itu selepas Wan Amirul Asyraf Wan Musthapa, 26, mengaku bersalah bagi pertuduhan tersebut. Tertuduh boleh dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Wan Amirul didakwa menyimpan 35 barang kemas kepunyaan seorang lelaki berusia 22 tahun. Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun serta denda.
Kesalahan dilakukan di tepi jalan Taman Rekreasi Tampin pukul 6.30 petang pada Sabtu lalu.
Mengikut fakta kes, pengadu menyerahkan 16 bentuk cincin, 12 utas gelang, tujuh utas rantai emas, tiga gold bar bernilai RM 12,734 kepada tertuduh selepas diarahkan berbuat demikian melalui panggilan telefon.
Tindakan itu sebagai cagaran supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana didakwa terbabit dalam urusan jual beli produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan. Pengadu yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis.
Terdahulu, tertuduh merayu hukuman berbentuk denda kerana mendakwa dia juga mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source