Angkasa perluas kerjasama sektor halal koperasi rantau ASEAN
PETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) komited memperluas sektor halal yang diterajui koperasi dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Vietnam Halal Cooperative (COOPHVN) pada 19 Januari 2025.
Langkah itu juga merupakan langkah strategik bagi memperkukuh hubungan koperasi antara Malaysia dan Vietnam.
Memorandum persefahaman itu dimeterai pada hari pertama lawatan kerja sempena Program Jelajah ASEAN delegasi Angkasa yang diketuai oleh Presidennya selaku Presiden Asean Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ke Hanoi, Vietnam bermula 19 hingga 22 Januari 2025.
Abdul Fattah dalam kenyataannya berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) itu bukan sahaja membuka peluang dalam mempromosikan sektor halal koperasi negara, malah mencerminkan komitmen Angkasa dalam menggerakkan koperasi kariah masjid sebagai pemacu utama pembangunan sosioekonomi.
Menurutnya, susulan daripada Program Pengenalan Koperasi Kariah Masjid bersama kumpulan Halal Vietnam yang telah diadakan pada 24 hingga 26 Mei tahun lalu, Vietnam Halal Cooperative telah ditubuhkan di Hanoi bagi memperkasa ekonomi komuniti Muslim di bandar Ho Chi Minh.
Sejak tahun 2024, Angkasa selaku badan puncak gerakan koperasi negara memainkan peranan aktif dalam membimbing pembangunan koperasi halal di Vietnam melalui program latihan, lawatan teknikal, dan perkongsian teknologi halal.
Lawatan delegasi Angkasa ke Vietnam turut menyaksikan pendedahan kepada teknologi penyembelihan halal dan pensijilan, disamping perbincangan strategik dengan komuniti muslim tempatan.
“Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, Angkasa akan berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai model Koperasi Kariah Masjid serta model koperasi sekolah.
“Kita juga diminta untuk membantu komuniti Muslim di bandar Ho Chi Minh untuk menubuhkan Koperasi Kariah Masjid. Pendekatan ini dijangka mampu memainkan peranan aktif dalam membangunkan koperasi berteraskan nilai-nilai Islam yang sejajar dengan falsafah dan prinsip koperasi.
“Inisiatif ini adalah hasil daripada usaha Angkasa memperkenalkan model Koperasi Kariah Masjid dan Koperasi Sekolah kepada komuniti Muslim di Vietnam dan rantau ASEAN secara keseluruhannya.
“Program ini bertujuan untuk memperkasa ekonomi komuniti Muslim, mempromosikan produk halal, dan memperluaskan jaringan perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source