[VIDEO] ‘Abang ni tak kosong geng’
PETALING JAYA – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menunjukkan aksi selambanya apabila dengan mudah menangkap kepala ular tedung menggunakan tangan tanpa sebarang alatan, dalam satu operasi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.
Tindakan berani anggota APM itu dirakam menerusi video dan ia tular di media sosial, malah lelaki itu turut menerima pujian daripada orang ramai.
Kejadian itu berlaku pada April tahun lalu, namun video tersebut kembali tular selepas dikongsikan oleh pengguna media sosial.
Berdasarkan video itu, kelihatan seekor ular tedung keluar dari saliran air dan lelaki itu bersama seorang lagi anggota APM segera menariknya keluar dari tempat berkenaan.
Rakannya membantu dengan memegang ekor ular tedung itu, manakala anggota tersebut cuba mengawal reptilia berkenaan di bahagian depan.
Selepas ular tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya, ia cuba menyerang anggota APM terbabit, namun dengan tenang dia segera menangkap kepala ular menggunakan tangan.
Pada video itu juga, terdengar sorakan gembira penuntut IKBN tersebut, malah aksi lelaki itu turut mendapat pujian daripada pengguna media sosial.
“Abang tu tak kosong ye geng,” kata seorang pengguna Instagram.
“Power abang ni, abang ni tak kosong, dia ‘sesuatu’,” komen seorang lagi individu.
“Power, tangkap kepala macam itu saja,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source