Sabah, Sri Pahang sama kuat
KOTA KINABALU – Hasrat Sabah untuk mencari bekal lebih selesa tidak kesampaian apabila diikat 1-1 oleh Sri Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, sebentar tadi.
Bagaimanapun pencapaian ini terpaksa dibayar dengan harga cukup mahal buat Tok Gajah yang menyaksikan bintangnya, Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah.
Terdahulu Sabah memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila membuka jaringan seawal minit ke-9 menerusi pemain kebangsaan, Stuart Wilkin.
Bagaimanapun jaringan itu seakan membangkitkan semangat melawan Sri Pahang namun beberapa peluang terbaik gagal disudahkan dengan lebih baik.
Selepas aksi melepasi tempoh 30 minit, permainan makin rancak dimana Sabah juga turut merekodkan peluang keemasan tetapi tiada sebarang tambahan gol mampu dihasilkan.
Aksi berkualiti terus disajikan di separuh masa kedua yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan ke kawasan lawan.
Usaha keras Tok Gajah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-66 menerusi Kpah Sherman yang bertindak pantas untuk menyambut umpanan Sergio Aguero.
Bagaimanapun, selang lapan minit selepas itu Sri Pahang dihimpit malapetaka, menyaksikan Hidalgo dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras kepada Dominic Tan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source