Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai atau nama sebenarnya Alif Awang menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam satu temu bual.
Video yang dimuat naik di TikTok @averagemalaysians, Opai ditanya sama ada ingin ‘dating’ dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi darinya.
Bagaimanapun, Opai berkata dia tidak akan berjumpa dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih daripadanya.
“Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’. Saya mungkin akan dating dengannya tetapi saya tidak tahu adakah saya akan menemui wanita yang mempunyai pendapatan melebihi saya.
Saya pasti tidak akan berjumpa dengan wanita seperti itu, yang mampu memperoleh pendapatan bersih setiap tahun mencecah tujuh angka.
“Tetapi jika pendapatan saya RM2,000 atau RM3,000, saya mungkin akan berjumpa dengan mana-mana wanita kerana saya tidak mempunyai masalah untuk berbual dengan mereka,” katanya.
Seperti sudah disangka, kenyataan Opai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang kurang senang serta ada yang menitipkan nasihat untuk lebih merendah diri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source