Mak ayah perlu risau anak demam dan cepat bertindak
Demam pada anak tidak semestinya berbahaya, kerana ia sebenarnya adalah tindak balas semula jadi badan untuk melawan jangkitan seperti virus atau bakteria. Namun, terdapat beberapa keadaan di mana demam boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius, terutama bagi bayi dan anak kecil.
Bila demam tidak merbahaya, suhu tidak terlalu tinggi sekitar 39-39°C dan simptom biasa seperti selsema. Boleh tengok juga keadaan anak yang masih aktif bermain, makan dan minum atau demam yang kurang daripada 3 hari dan tidak ada tanda-tanda yang luar daripada biasa.
Demam pada anak mungkin akan jadi bahaya apabila
- Jika bayi bawah 3 bulan demam melebihi 38°C, segera dapatkan rawatan kerana sistem imun mereka belum matang.
- Suhu tinggi boleh menjadi tanda jangkitan serius, walaupun tidak semua kes begitu.
- Ada tanda-tanda lain seiring dengan demam seperti sawan, ruam luar biasa, muntah dan cirit birit berterusan, lesu dan tidak responsif dan sukar bernafas.
- Jika demam berlangsung lebih dari 3 hari atau tidak berkurang selepas ubat, ia perlu diperiksa oleh doktor.
Langkah-langkah yang boleh diambil ketika anak demam :
1. Periksa Suhu dengan Betul
Pastikan guna termometer yang sesuai dan periksa suhu dengan betul. Jika suhu konsisten 38°C atau lebih tinggi, ia dianggap demam ringan.
2. Pastikan Anak Tidak Terhidrasi
Berikan air kosong (jika anak sudah mula minum air) atau susu formula/badan dengan kerap. Jika anak tidak mahu minum, cuba beri dalam kuantiti kecil tetapi kerap.
3. Pakaian yang Sesuai
Pastikan anak memakai pakaian yang nipis dan selesa. Elakkan membungkus anak terlalu tebal kerana ini boleh meningkatkan suhu badan.
4. Kompres Badan
Lap badan anak dengan kain lembap suam atau biasa, terutama di dahi, ketiak, dan pangkal paha. Elakkan menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan badan menggigil.
5. Berikan Ubat Demam Jika Perlu
Anda boleh berikan paracetamol untuk bayi (contohnya Panadol Syrup) mengikut dos yang disyorkan berdasarkan berat badan anak. Jika anda tidak pasti dos yang betul, rujuk doktor atau farmasi.
6. Pantau Keadaan Anak
Pantau dengan kerap dan perhatikan tanda-tanda seperti anak kelihatan sangat lesu atau tidak responsif, Tak nak makan atau minum langsung, Muntah terlalu kerap atau cirit-birit teruk atau ada kesukaran bernafas.
7. Rujuk Doktor Jika:
Perlu bawa ke klinik apabila suhu kekal melebihi 38.5°C walaupun selepas diberi ubat, Demam berlanjutan lebih dari 2 hari atau anak menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan seperti sawan, ruam, atau menangis tanpa henti.
Jika ragu-ragu, segera bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source